Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Makanan Kelantan Kegemaran




Saya sempat mengambil gambar masakan dan makanan kegemaran saya di kampung semasa kecil sehingga kini. Makanan ini akan saya cuba dapatkan setiap kali balik kampung.  Tapi kerana makanan kegemaran terlalu banyak, jadi kalau sekadar balik bercuti beberapa hari, memang tak sempat untuk menikmati kesemuanya.

Gambar di atas adalah pulut dimakan dengan kelapa yang diletak sedikit garam dan ikan rebus goreng.  Saya memang gemar sangat pulut yang dimakan dengan ikan rebus goreng ini apalagi kalau ikan selar kuning yang digoreng rangup.  Ini adalah sarapan pagi yang disediakan di rumah kakak saya untuk jiran jiran yang datang tolong menyiapkan bahan bahan untuk masakan kenduri. 


Yang ini pulak nasi dagang yang rasanya semua orang dah tahu lah ya. Nasi dagang ini sangat terkenal di Kelantan dan Terengganu. Ia dimakan sebagai sarapan pagi atau dihidangkan pada hari hari perayaan. Selain gulai ikan tongkol, ianya juga dimakan bersama gulai ayam atau gulai itik serati. Nasi dagang di atas dibeli di kampung berhampiran dengan kampung saya. Sangat sedap, buka sahaja kertas pengbungkus, dah tercium baunya yang sangat enak.
  

Sira labu adalah salah satu lauk pauk yang disediakan semasa kenduri kawin. Walaupun kini saya mengerti yang ianya dalam kategori pemanis mulut tetapi di Kelantan, saya memakannya sebagai lauk yang dimakan  bersama nasi dan lauk pauk lain.  Bukan dimakan selepas memakan nasi sebagai pencuci mulut. Jika kita menggunakan labu madu, rasanya lagi sedap. Semasa saya kecil, labu yang digunakan adalah besar besar bersaiz periuk yang sederhana besar. Namun kini, buah labu bersaiz lebih kecil. 


Ini lagi gambar sira labu yang diambil dari jarak dekat untuk santapan mata kita semua ya.


Haaa ini lah gulai kawah, masakan utama yang mesti adalah pada setiap majlis perkahwinan di Kelantan. Yang pasti ditempat saya la, tak tahu pulak kalau di tempat lain tak ada. Sangat enak terutama jika dimasukkan sekali mumban nyior yang diambil dari buah kelapa muda.


Ini pula acar rampai. Rasanya sama sahaja dengan acar yang terdapat di KL. Acar ini juga disediakan untuk dijadikan lauk pauk semasa kenduri.


Ini pulak adalah Teresek yang menjadi kegemaran saya. Setiap kali kenduri, saya pasti mencadangkan lauk ini dimasak sebagai lauk untuk hidangan. Namun sekarang, ramai yang tidak lagi menyediakan lauk teresek kerana kekurangan orang yang boleh memasaknya. Maklumlah hanya golongan tua di kampung sahaja yang datang untuk menolong kerja kerja memasak semasa kenduri. Teresek biasanya dimasukkan hati, mempedal, kaki ayam, tengkuk dsb yang dimasak bersama sama dengan kacang panjang dan lada hijau. Sedapnya. Sungguh payah untuk mencari teresek yang betul betul mempunyai rasa seperti teresek Kelantan di KL ni walaupun dijual di restoran restoran Kelantan.


Biasanya lauk ayam akan juga disediakan di majlis kenduri kawin di Kelantan.  Kalau semasa saya kecil, lauk ayam biasanya di masak percik tapi kini amat sukar untuk mencari majlis kawin yang menyediakan percik.  Ini adalah kerana lauk ini pasti menjadi rebutan dan sukar disediakan dalam jumlah yang banyak. Selain percik, ayam juga dimasak sambal pedas. Kalau sambal pedas, sambutan agak berkurangan.  Tapi kini, lauk ayam lagi dipermudahkan dengan hanya menggoreng berempah sahaja seperti gambar di atas.




Ini pulak makanan hidangan petang iaitu pisang goreng yang dijual di sepanjang jalan di Kelantan.  Menggunakan pisang yang agak masak, menjadikan pisang goreng sangat sedap. Tambahan pula, tepung nya yang digoreng rangup


Kalau di KL, dipanggil goreng keledek tapi di Kelantan di panggil kaki ayam iaitu keledek yang dipotong secara memanjang sepanjang jari dan dicelup tepung sebelum digoreng. Sedap sekali. Keledek direndam air kapur atau air garam sahaja jika mahu.


Yang ini pulak, tapai ubi kayu goreng. lagi manis tapai ubi kayu, lagi sedap dimakan kuih ini. Saya pasti membeli beberapa ketul kerana ianya sukar di dapati di sini.



Semasa kecil, saya selalu makan pisang batu rebus sebagai makanan untuk sarapan pagi. Ianya perlu menggunakan pisang yang agak masak, barulah lebih enak.


Ini pulak nasi kerabu. selain nasi berlauk dan nasi dagang, nasi kerabu juga adalah makanan kegemaran saya untuk sarapan pagi. Lauk pauknya samada solok lada, daging bakar, itik atau ayam atau daging kerutuk dan macam macam lagi.  Sedap weh, nampak tak ada kuah budu dalam tu..


Yang ini namanya kuih cucur, kalau tak silap saya lah. Saya jarang makan kuih ini kerana banyak lagi kuih kuih yang berada dalam senarai. Setiap kali ke pasar, saya membeli berjenis jenis kuih sampai tak termakan.


Pulut pagi adalah pulut yang dimasak agak manis dan dicicah pulak dengan kelapa muda parut yang diletak sedikit garam. Tapi yang ini diletak juga sedikit kacang merah.  Walaupun dah kekenyangan, saya menghabiskan satu kelongsong pulut pagi. Pulut pagi biasanya dibungkus dalam daun pisang seperti kelongsong dan disemat dengan lidi sahaja.



Ini agenda terakhir makan makan saya sebelum berangkat balik ke KL. Haa kelapa muda yang buahnya boleh dipetik dengan tangan sahaja. Masukkan sedikit air gula ke dalam air kelapa. Sudukan isi kelapa muda untuk dimasukkan ke dalam air kelapa.  Semasa kecil terutama di bulan puasa, air kelapa adalah minuman istimewa yang dihidangkan semasa berbuka. Pada masa itu, kami meletakkan susu pekat manis ke dalam air kelapa. Dah lama saya tidak mencubanya.  Mungkin lain kali saya akan memasukkan susu dan yang pasti rasanya sedap sekali walaupun rasa air kelapa sudah berbeza ...


Inilah tepung boko yang menjadi kegemaran orang Kelantan. Ada boko tepung beras dan ada boko ubi kayu. Boko ni kalau orang sini panggil kuih talam lah.  Sedap weh ..



Ini pulak ketupat palas orang Kelantan. Kat sini ada juga ketupat palas tapi penyediaannya sangat berbeza. Di KL, pulut dimasukkan dalam daun palas sahaja.



Ini namanya resit. Kebetulan masa balik baru ni, musim resit naik di pantai pantai di Bachok.  Jadi anak saudara telah membeli resit. Saya kurang gemar makan ni sebab nak makan susah, kecik sangat.



Ini lah mee goreng kesukaan saya dari kecil hingga kini. Mak cik yang menjual ni pun dah nampak tua dan uzur. Mee goreng bodoh, yang selalu dipanggil orang lah hanya ada sayur kangkung sahaja.  Tak ada rencah lain.



Ini pulak koleh yang juga kegemaran saya terutama kelapa yang ditabur atasnya.  Hehehe sedap ni


Ini pulak makanan yang saya tak pernah makan walaupun teringin nak makan kerana teringat amaran masa kecil kecil dulu, kalau makan jering rebus nanti tak boleh buang air kecil. Entah betul entah tidak, saya pun tak pasti. Yang pasti ia kekal menjadikan saya fobia sehingga kini

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

16 ulasan for "Makanan Kelantan Kegemaran"

  1. Lame sangat doh tak makan Tepung Boko tu..dulu2 mcik yg jual kuih tu junjung je kuih tu pg jual dr umah ke umah...mang sedapppp...;)

    BalasPadam
  2. masak kecik kecik dulu, tak berapa menghargai sebab bila nak makan jer, boleh beli di mana mana jer. Tapi sekarang bila dah meninggalkan kampung, terasa sangat rindu masakan dan kuih kampung, kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu...teringat zaman kanak2 dulu, membesar di pekan jelawat bachok.

      Padam
  3. Gambar makanan kak azie post ni buat sy x sabar nk balik ke kota bharu..selera kita mcm lebih kurang sama jer..itu la mostly yg sy akan cari bila blk kg..hehe

    BalasPadam
  4. pisang batu rebus sangat sedap, teringat zaman kanak kanak saya yang susah..inilah makanan pagi, tengahari dan malam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, sedap juga bila dikenangkan kembali. Pisang ni banyak di Kelantan jer. Jarang terdapat di sini

      Padam
  5. jering rebus mmg sedap. masa sekolah dulu selalu g pasar dan beli. tp mesti pandai masak, tak pandai mmg ikat pundi kencing. jering rebus dgn kelapa...mmg terbaikkk. sekarang susah nk dapat. duk temerloh takde apa yg ade. sy org rompin, masakan sama je dgn kelantan n terengganu, ckp pun bahasa terengganu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm sayapun dulu takut makan jering rebus. Terbawa bawa hingga kini

      Padam
  6. bokor aka talam tu mengingatkan saya kepada 'Kedai Jelawat"...setiap kali balik ke kg hubby..saya akan ke kedai Jelawat sorang2 sebab kalau dgn hubby, gerenti nafsu membeli sy akan ditahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun mesti ke kedai Jelawat setiap kali balik kampung. Malas nak turun ke KB

      Padam
    2. dulu masa blk sk singah kedai beris kubur besar...beli tepong boko dgn mee bodo..sedap...lo ni bila blk ..x jumpo doh..x dok doh mok cik 2...

      Padam
  7. Salam kak azie, teresek memang sedap dan alhamdulillah kak sepupu suami sy yg kami anggap seperti ibu sendiri slalu juga memasak jika kami pulang ke kelantan..beliau juga suka berkongsi resepi masakan kelantan asli dan kelantan thai...gulai itik serati masih terhidu baunya dan tak lupa juga gulai ketam nipah yg skrg ni agak sukar d perolehi d sana..pasar jelawat memang meriah..andai pulang ke sana suami tsayang jarang bw bsiar ke kb katanya jalan sesak mengalahkan kl..rindu insan insan d sana...nurul

    BalasPadam
  8. LAPA WEIIII LOKKKKKKKKKKKK

    BalasPadam
  9. huhu lapa lak...lamo xmakey semo tu..

    BalasPadam
  10. makanan ni semua mengingatkan zaman kanak2 dulu membesar di kelantan...

    BalasPadam