Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Cara Manis

 Kuih Cara Manis


Pagi pagi lagi hubby ke pejabat tanpa membeli breakfast untuk kami. Jadi kalau menunggu dia balik tengahari nanti, alamak kelaparan lah. Lagi pulak, saya memang jemu makan nasi lemak yang dijual di sekitar sini, yang pada saya memang tak sedap dan tak lemak langsung. Haaa nasi lemak yang saya masak sendiri yang terbaik. Jangan marah ya sebab ini kenyataan pada saya sendiri lah, pada tekak saya.



Kuih Cara Manis


Panjang pulak celotehnya. Jadi memikirkan apa kuih yang nak dibuat untuk breakfast pagi ni, teringat acuan kuih cara yang saya beli semasa singgah di Salamku di Kota Bharu bersama kakak baru ni. Elok juga dibuat perasmiannya. Cari cari resepi, terjumpa resepi dalam blog Dapur Nannie. Saya pun terus mula membancuh bahan bahan, hanya buat setengah adunan sahaja. Dapatlah 18 pasang kuih cara manis. yeayyy happy sangat sebab berhasil membuat kuih cara yang ranggup diluar dan lembut lemak di dalam nya.

Jom kita tengok resepi yang saya guna ... jom layannnn



Kuih Cara Manis

Kuih Cara Manis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
secubit garam

Bahan inti :
Gula secukupnya

Cara cara :

~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.

~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.

~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk memastikan adunan tidak berketul .

~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.

~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.

~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

bahan yang diguna selain tepung gandum

bancuh atau blend semua sekali

sapu minyak pada acuan

tuang adunan

masukkan gula

kuih masak bila tiada lagi kelihatan tepung di permukaan

Kuih Cara Manis
tadaaa siappp

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

11 ulasan for "Kuih Cara Manis"

  1. ho ho nak tanya acuan kuih cara tu berapa ringgit eh? beli kat manoi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Murah jer tapi lupa harganya. Saya beli kat Kota Bharu.

      Padam
    2. Kalu di Kuantan,Sy bli kat Cowboy. Dia Jual brg2 plastik...alat2 cangkul..barang rumah..rm21.90

      Padam
    3. Sy br beli acuan nya kt Mydin RM 15 je

      Padam
    4. sy beli kat kedai alat2 yg jual peralatan dapur di kitmart jb. . rm15

      Padam
  2. Nak tanya.kak azie guna santan kotak kan,jd nk dpt mcamana 3 cawan santn tu?kn cmpur air x.kalau guna brapa cwan air.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Campurkan santan dg air. Kemudian baru sukat. Kalau saya masukkan santan dlm cawan separuh dna masukkan air hingga penuh cawan.

      Padam
  3. kak Azie.. resepi kuih cara ni boleh guna tak utk buat kuih bakar?

    BalasPadam
  4. 3 cawan tu berapa ya sukatan kalau ikut gram ?

    BalasPadam
  5. Apa nak buat kalau adunan melekat pada acuan? Dah tiga kali cuba..dah letak minyak..tapi masih melekat..apa silapnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dulu pun ada masalah sama hingga sy guna petua panaskan acaun dan isi acuan dengan minyak hingga penuh kemudian panaskan seketika. Lepas tu tuang keluar minyak dan simpan utk kegunaan lain...acuan tak melekat dah lepas tu bnila dimasukkan bacuhan kuih cara.

      Padam