Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Cucur Badak




Kuih Cucur Badak

Kuih Cucur Badak




Sebenarnya kuih cucur badak bukan lah kuih kegemaran saya tetapi saya melihat my hubby suka juga memakan kuih ini. Kebetulan ubi keledek yang dibawa dari Kelantan, masih banyak, jadi saya memikirkan resepi kuih muih yang menggunakan ubi keledek sebagai bahan utama. Dari situ, saya terjumpa resepi cucur badak.

Jom kita layan gambar gambar dan resepinya .. 



Kuih Cucur Badak

Kuih Cucur Badak

Cucur Badak

Bahan-bahan:-

Untuk inti:
½ biji kelapa parut
100 gram udang kering (rendam dan kisar)
1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
7 tangkai lada merah
1 cm halia
1 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula
½ sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak

Untuk doh :
250 gram keledek (rebus dan lenyek)
3 ½ sudu makan tepung gandum
½ sudu teh garam
½ kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara :-
Untuk inti:
1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.
2) Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

Untuk kuih :
1) Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
2) Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.


bahan blend di tumis dg sedikit minyak


masukkan kelapa parut dan masak hingga kering


ubi keledek direbus dan dilenyek


leperkan doh, masukkan inti


goreng dg api yang sederhana hingga kekuningan


Kuih Cucur Badak
siap dihidangkan


sedap dinikmati sebagai hidangan petang





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

23 ulasan for "Kuih Cucur Badak"

  1. Wah.. Sedapnyer kak azie.. Blh cuba ni.. Kuih ni mmg feberet saya..

    BalasPadam
  2. serai tu kisar skali ke?

    BalasPadam
  3. Assalamu'alaikum Puan Azie..

    Alhamdulillah sy ditemukn dgn blog puan..
    Terima kasih atas resepi puan yg superb..
    sy ingin berkongsi resepi buat doh kue badak & kue keria..puan azie boleh try campur tepung gandum dgn tpung beras,contohnya jika sblum ni puan letak 4 sudu tpg gandum,puan boleh letak 2 sudu tpg gandum + 2 sudu tpg beras..puan akan akan dapati kue badak/kue keria lebih lembut..inshaa Allah.Selamat mencuba.

    Sharing is caring :)
    dari sy Puan hani

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan Hani, terima kasih atas petua. Insya Allah. Lain kali boleh cuba.

      Padam
  4. Kak Azie...semua respi akak sedap-sedap belaka...setiap kali saya nak masak mesti cari resepi tu kat blog akak dulu...terima kasih

    BalasPadam
  5. Kak Azie,terima kasih ye. Sy dh byk cuba resipi Kak Azie. Tomyam,famous amous,sotg kicap,cucur bdk,cekodok n byk lg. Semua best2 n sdp. 😀

    BalasPadam
  6. Assalam, azie.. Sy suka baca blog awak.. Resepi2 awk sume mmg best dan mudah serta x menipu mcm sesetengah blogger yg x ikhlas bg resepi.. Sy salu cuba resepi awak.. Hrp halalkan ye

    BalasPadam
  7. Tkasih berkongsi resepi. Halalkan resepi yg sy ambil.

    BalasPadam
  8. Wahhh... nk try la kuih ni. X pnah wat lg :)

    BalasPadam
  9. rsepi sdp sgt...tq kak azie utk inti ccur bdak tu..

    BalasPadam
  10. Salam kak azie. Nk try buat ni. Satu adunan ni dpt berapa biji kak??

    BalasPadam
  11. salam akak,mohon copy resepi yer...

    BalasPadam
  12. Salam Pn. Terimakasih atas resepi. Bnyk yg belajar dri blog pn. Semoga puan terus sukses

    BalasPadam
  13. Saya nk tanye kenape bila guna keledek warna oren kuih akan jadi sgt lembik pabila sudah digoreng malah seakan2 tak masak.Pada pandangan saya mungkin keledek oren ni sesuai untuk digoreng dg tepung, keledek ungu sedap buat kuih keria.Utk kuih badak dan kuih bom ni,rasanye sesuai guna keledek warna putih ala2 beidge colour kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye. Betul. Makcik saya pnjual kuih traditional. Dia pernh berithu hal sedemikian pde saya

      Padam
  14. Salam kak , resipi ni anggaran untuk berapa biji kak

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum kak azie...trm kasih atas perkongsian resepi kak azie..byk yg sy ambik..
    Dan ada sesetghnya jd punca pendapatan sy..
    Mnta halal kak ye..
    Resepi kak azie mmg sng nk ikut..menjadi n mmg sedap..trm kaaih skali lg kak...mpga rezeki kak lbh bertambah..amiin

    BalasPadam
  16. kak azie, keledek tu di lenyek ngan kulit sekali ke? Kalo kupas kulit dulu boleh ke? Enihau tq kerana sudi kongsi resepi . ALDEBES buat kat Azie,

    BalasPadam
  17. Nak mencuba lah. Ijazah kan pda sya ya Azie

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum Kak Azie...Terima kasih perkongsian resepi² kakak... sy dh mula suka memasak sejak pkp nie 😻😻😻 apa² resepi sy refer kakak... tq kak.... 💞💞💞💞💞

    BalasPadam