Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Talam Ubi Keledek

Kuih Talam Ubi Keledek

Saya memesan anak saudara yang balik bercuti di kampung supaya membeli ubi keledek di sana. Di Kelantan harga ubi keledek sangat murah, dijual dalam satu pek plastik besar dengan harga dalam belasan ringgit sahaja berbanding di KL yang dijual mengikut harga kilo.

Jadi terfikir apa kuih yang ingin dimasak menggunakan ubi keledek ini.  Apa lagi saya pun mula lah membuka ipad dan mencari resepi yang berkenan di hati untuk mencubanya. Apa apa pun sangat berpuashati dengan resepi ini, kuihnya sangat sedap dan rasa kental ala ala dodol gitu..

Jom kita layan jer resepi nya...

Kuih Talam Ubi Keledek

Kuih Talam Ubi Keledek 
Oleh: Azie Kitchen

lapisan bawah
300 gm keledek merah - rebus dan lecek
75 gm tepung beras
75 gm tepung ubi
150 gm santan kotak
150 gm air
250 gm gula pasir - (guna 200 gm)
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanila (jika suka)
Sedikit pewarna kuning

lapisan atas
100 gm tepung ubi
200 gm santan pekat
200 gm air
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam


cara
lapisan bawah
Blend semua bahan dan masukkan dalam periuk. Kacau di atas api sederhana hingga pekat.

Sapu minyak pada loyang. Tuangkan ke dalam loyang. Boleh juga gunakan acuan kecil hingga paras separuh sahaja dan kukus selama 7 minit.

lapisan atas
Blend semua bahan dan masukan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga pekat dan tuang ke atas adunan keledek tadi.

Kukus semula selama 10 minit.

Sejukkan terlebih dahulu sebelum dekeluarkan dari acuan dan dipotong.


rebus keledek hingga empuk 


saya tumbuk dulu
 

satukan semuanya


kemudian blend jer semua sekali


Masak sekejap sehingga pekat


Kuih Talam Ubi Keledek
Kukus dan gorek dengan garpu


Blend lapisan atas dan masak sehingga pekat


Kukus sekali lagi dalam 10 minit

Kuih Talam Ubi Keledek
Potong bila betul betul sejuk


Kuih Talam Ubi Keledek
Enjoy ...



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Kuih Talam Ubi Keledek"

  1. sedap sebab rasa kental ala ala dodol.

    BalasPadam
  2. Nk try gak la..t.ksh ats prkogsian ilmu...

    BalasPadam
  3. Sy dah cube resepi ni tadi pagi. Alhamdulilah menjadi... Sedap. Terima kasih sebab sudi bg ilmu ni.

    BalasPadam
  4. K.ani
    Terima kasih kongsi resepi.

    BalasPadam
  5. Kenapa saya buat jadi kenyal eh masa masak atas api

    BalasPadam