Bingka Ubi Kayu
Nak melengkapkan koleksi resepi bingka, semalam saya cuba membuat bingka ubi kayu. Tapi hari ini baru sempat meletakkan entri ini. Ubi kayu ni makanan biasa saya semasa kecil.
Ubi kayu rebus dan dicicah dengan kelapa yang dicampur gula. Best sangat. Selain itu, ada juga ubi kayu dibuat pengat atau disira. Lain lain makanan berasaskan ubi kayu, tak pulak saya ingat.
Biasanya pokok ubi ditanam sendiri jer dengan mencucuk ke tanah batang yang dipotong. Nanti tunas akan kelihatan.
Seronok masa mencabut ubi kayu, bila ubinya bergugusan keluar dari permukaan yang dicangkul.
Ubi kayu rebus dan dicicah dengan kelapa yang dicampur gula. Best sangat. Selain itu, ada juga ubi kayu dibuat pengat atau disira. Lain lain makanan berasaskan ubi kayu, tak pulak saya ingat.
Biasanya pokok ubi ditanam sendiri jer dengan mencucuk ke tanah batang yang dipotong. Nanti tunas akan kelihatan.
Seronok masa mencabut ubi kayu, bila ubinya bergugusan keluar dari permukaan yang dicangkul.
Tak mahu lah berceloteh lama sangat, jom lah kita tengok resepi dan gambar gambarnya... jom layannnn...
Bahan-bahan:
1 kg ubi kayu (disagat atau boleh juga diblend)
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air (air lebih tak ape...sebab nak tapis & buang)
1 cawan santan
Sedikit margarine atau butter
Beberapa titik pewarna kuning
Cara-caranya:
Sagatkan ubi dan campur dengan 2 cawan air. Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih air tapisan dibuang.....tuang perlahan-lahan untuk sagu yang tinggal dilapisan baw ah. Campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.
Masukkan gula, garam, dan beberapa titik pewarna dan dikacau rata. Tuang santan sedikit2 sampai adunan menjadi macam bancuhan jemput2
Sapukan loyang dengan butter dan panaskan oven ke suhu 180 darjah. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci diameter dan sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan
Bakar selama 45 minit - 1 jam dalam oven 180 darjah bergantung pada tahap kerak yang anda suka. Bila dah sejuk, baru cantik dipotong....
sedang memarut ubi kayu |
siap diparut |
campurkan dengan air |
tapis dan perah air |
Buang air dan ambil sagu liat |
campur semua bahan di dalam bekas sagu liat |
masukkan santan kacau hingga spt adunan jemput jemput |
potong butter dan letak atas adunan sebelum dibakar |
dipotong selepas disejukkan |
Allah, sedapnya, saya tiada pemarut tapi saya ada blender, petang ni beli ubi kayu
BalasPadamMakan time hujan hujan mcm ni sedapnya..di trg ni sekarang musim hujan...sibuk mencri ubi kayu..tq untuk resipi ni
BalasPadamEee..nak cubalah..sebab pernah buat tapi tak jadi...sbbnya tak tapis ubi tu...bila tengok dlm blog ni baru faham..tk bebnyak...klu tak dah boleh buat untuk masuk pertandingan memasak kat sekolah anak....hihihi..saya memg suka bingka ubi ni..pernah beli masa dulu2 org u buat mmg best giler...nak try nanti...
BalasPadamSedapnya. Nak try jugak
BalasPadamBru ja dpt ubi kayu. Nk try jugak lah
BalasPadamSalam, api oven atas bawah ke? Atau bawah sahaja?
BalasPadamSelepas ubi parut tu diperah. .ubi yg perah tu nk dimasukkan blk dlm aduan yg dicampur dgn bahan2 lain ke atau dibuang hampas tu
BalasPadamCuba resepi saya terbaru. Lagi sedap. Google bingka ubi azie kitchen
Padam