My Best Ever Butter Cake
Haaa tu dia, resepi omputih. Sebenarnya kuih Puding Roti ini dimasak oleh Juita, anak dara saya yang tak mahu kalah dengan saya dalam bab masak memasak. Saya memang nampak dia berminat dengan masakan, sebab itu saya membeli peralatan memasak dan membuat kuih yang diminta beliau.
Setiap kali shopping ke Giant, Juita dan Nana tak lupa untuk membeli bahan untuk membuat kuih muih dan juga peralatannya sekali. Aween pun rajin menolong kalau Juita membuat kuih muih. Mana tahu kot satu hari nanti, dia mengusahakan bisnes makanan yang sebenarnya fardu kifayah menyediakan makanan halal...
Setiap kali shopping ke Giant, Juita dan Nana tak lupa untuk membeli bahan untuk membuat kuih muih dan juga peralatannya sekali. Aween pun rajin menolong kalau Juita membuat kuih muih. Mana tahu kot satu hari nanti, dia mengusahakan bisnes makanan yang sebenarnya fardu kifayah menyediakan makanan halal...
Setelah sekian lama, baru kini saya berkesempatan untuk membuat terjemahan kepada resepi yang Juita ambik dari blog omputih. Memang sedap puding roti ini, lebih lebih lagi jika dihidangkan dengan english tea. Jom kita layan resepi yang saya gunakan di bawah ini....
Traditional British Bread and Butter Pudding
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
8 keping roti putih
85 gram kismis
113 gram gula perang
3 cawan susu whole milk
3 biji telur gred A - pukul
1 sudu kecil vanilla extract
¾ sudu kecil serbuk kayu manis
½ sudu kecil garam
Sedikit butter - lumur pada roti dan loyang butter
Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Lenser loyang dengan butter.
Sapu butter pada setiap keping roti di kedua dua belah permukaan dan potong tiga persegi 4.
Susun royi ke dalam loyang dengan menyusun bertindan di setiap persegi. Tabur kismis dan gula perang rata rata di atas lapisan yang kedua. Ulang lagi sehingga habis. Akhir sekali, tabur bahagian permukaan atas puding dengan kismis dan gula perang.
Putar susu, telur, serbuk kayu manis, vanilla dan baram. Tuang ke atas roti dan biarkan selama 30 minit sehingga ianya benar benar meresap pada roti.
Bakar selama 30-40 minit atau sehingga permukaan atas bewarna keperangan.
Sos Puding Roti
Bahan bahan:
1 cawan susu whole milk
2 sudu besar butter
1/3 cawan granulated white sugar
1 sudu kecil extract vanilla
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
Cara cara:
Satukan kesemua bahan dan dimasak selama 3-4 minit dengan sentiasa dikacau. Ketepikan dalam 5 minit sebelum dituangkan ke atas puding roti yang masih suam.
Jom kita tengok gambar langkah demi langkah di bawah ini.
sapu butter pada roti |
Tabur gula perang setiap lapis roti yg disusun dalam acuan |
Tabur kismis atas setiap lapisan |
Tuang bancuhan susu, cinnamon, butter, telur, vanilla & garam |
Bakar selama 30 ke 40 minit |
Fresh from the oven |
Tuang sos sebelum dihidangkan |
Jemput makan ... |
Tq for sharing..nmpak simple tp look stunning!
BalasPadam