Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Puding Roti Pandan Kukus


Puding Roti Pandan Kukus


Saya memasak puding roti pandan kukus ini adalah secara kebetulan sahaja. Hajat hati untuk membuat puding roti bakar dan telah pun beberapa hari lepas membeli bahan bahan yang diperlukan. 

Tiba tiba terpandang puding roti pandan kukus dalam blog Azita lalu saya buka internet dan mencari resepi roti pandan kukus yang lain lain juga. Saya begitu teruja untuk mencubanya selepas membaca dalam blog CT.



Puding Roti Pandan Kukus


Roti yang saya beli tempuhari pun dah habis sebab dimakan cicah dengan sup gear box yang saya masak pada hari Deepavali. Tapi kerana semangat nak mencuba, saya membeli roti gardenia baru. Yaa ampuuunn, bau puding ini sangat semerbak dan rasa puding ini memang sedap, apalagi jika dimakan sejuk sejuk sebaik keluar dari peti ais.  

Jom kita layan resepi dan gambar gambarnya...



Puding Roti Pandan Kukus

Puding Roti Pandan Kukus
Oleh: Azie Kitchen
Sumber: Dapur CT 

Bahan-bahan:
12 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi)
15 helai daun pandan
200 ml santan kotak 
½ cawan air
2 biji telur
¾ cawan gula pasir
½ sudu kecil esen vanila
sedikit pewarna hijau
sedikit garam

Cara-cara:
1. Panaskan periuk kukusan hingga mendidih. Sapu loyang bulat 8" dengan sedikit minyak. Ketepikan. (boleh juga letakkan plastik bersih dalam loyang yang disapu minyak tadi. Lebihkan sedikit plastik keluar supaya senang nak keluarkan adunan nanti).

2. Bersihkan daun pandan, kerat kecil kecil dan kisar dengan air. Tapis untuk mendapatkan jus pandan.

3. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan kecuali roti. Kacau sekejap untuk melarutkan gula. Masukkan dalam blender dan blend hingga gula hancur. Tapiskan dalam mangkuk besar tadi.

4. Rendamkan beberapa keping roti dalam adunan tadi dan ambil sekeping sekeping, susun ke dalam loyang. Buat hingga habis dan tuang sedikit lebihan adunan atas roti.

5. Taburkan kismis sebagai hiasan.

6.  Kukus roti tadi selama 15 - 20 minit dengan api besar. Balut penutup kukusan dg tuala supaya air tidak menitis ke atas puding.

7.  Disejukkan dalam peti ais dan biar betul betul sejuk baru dipotong, lagi best.

Selamat mencuba ....



Bahan bahan diperlukan


Gula dan jus pandan


Rendam roti dengan bahan di blend


susun dalam acuan yang dilenser mentega


Tuang adunan selebihnya


Tutup dg foil supaya air tak menitis


Siap dikukus dalam 20 minit


Puding Roti Pandan Kukus
Sejukkan dahulu sebelum dipotong



Potong dan hidang sejuk sejuk .. best


Selamat menjamu selera

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Puding Roti Pandan Kukus"

  1. Salam sis azie ,boleh x klu santan kotak tu kita tukar dgn susu cair?dan menggunakan sukatan yg sama?

    Dr puan zurayah

    BalasPadam
  2. wah sedapnyer,saya suka betul bau daun pandan...mcam sedap jer,minx halal resepi yer,saya nak cuba buat..hehe.

    BalasPadam