Donut Gebu Tradisional
As salam pagi Ahad untuk semua. Semoga hari ini menceriakan hidup kita semua. Hari ini tak ada apa apa rancangan cuma bercadang untuk ke One Utama mencari hadiah untuk anak kawan yang akan melangsungkan perkahwinan di hujung minggu ini. Jadi pagi pagi saya dah ke dapur untuk membuat kuih keria menggunakan baki ubi keledek semalam dan juga kuih donut.
Bercakap mengenai kuih donut ni, macam mana timbul idea nak membuatnya adalah kerana melihatkan bentuk kuih keria yang sama bentuk dengan kuih donut, lagi pula kuih keria yang dibuat semalam sedap sekali, itu yang terasa nak mencuba buat kuih donut pula. Malam tadi sebelum tidur, saya membelek belek resepi dalam internet.
Terpandang Donut Gebu tradisional yang ditulis oleh Norashikin di SINI. Saya tertarik dengan apa yang ditulis, donut "dijamin gebu sampai esok". So catchy. Tambahan pula komen komen orang dah mencuba nya, semua nya berpuashati dengan resepi ini. Apalagi pagi pagi dah minta my son drive ke kedai mencari yis mauripan sebab hubby masih kat kampung. Saya memang tak pernah membeli yis ini, jadi tak ada stock dalam kitchen store kami...
Mudah sekali membuat donut ini dan seronok bila tengok doh mengembang sekali ganda saiznya. Cuma lain kali kena belajar lebih bersabar bagi menghasilkan donut yang bentuknya bulat cantik. Hahaha kesabaran memang kurang sikit pada saya, semenjak dua menjak dulu lagi. Mesti nak cepat jer.
Apa apa pun rasanya memang lembut dan gebu. Jom kita tengok resepi dan gambar gambarnya sekali. Hobi saya kan mengambil gambar gambar....
Apa apa pun rasanya memang lembut dan gebu. Jom kita tengok resepi dan gambar gambarnya sekali. Hobi saya kan mengambil gambar gambar....
Donut Gebu
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan (untuk 34 biji)
1 kg tepung gandum
1 paket yis segera mauripan (11g)
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1/2 cwn minyak masak
550 gm air bertapis
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam
Cara cara
Larutkan garam, susu ke dalam air. Gunakan air pada suhu bilik sahaja. Gaulkan yis dan tepung gandum sehingga rata.
Masukkan minyak masak dan gaul ramas sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi butiran-butiran kasar. Lagi halus adunan, lagi menariklah donut yang terhasil.
Masukkan cecair sekaligus dan gaul dahulu menggunakan kelima-lima hujung jari sehingga tiada lagi air bertakung.
Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit. Tak perlu cuci tangan dulu.
Setelah direhatkan, uli semula 2 - 3 minit sehingga tiada lagi adunan yang melekat di tangan dan mangkuk adunan.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dengan berat 50g setiap satu. Boleh menghasilkan kira-kira 34 biji donut. Bulatkan setiap adunan tadi menjadi bebola yang licin.
Leperkan sedikit bebola tadi lebih kurang setebal 1 - 1.5 cm dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan penutup botol atau alat yang sesuai. Trim sedikit bentuknya supaya bentuknya bulat dan tidak bersegi.
Biarkan donut mengembang di tempat yang tertutup supaya adunan tidak kering lebih kurang 1/2 - 1 jam. Tidak perlu terlalu lama kerana ia akan mengembang lagi apabila digoreng.
Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan.
Tunggu suam (dalam 2 minit diangkat) sebelum digaulkan dalam gula caster bagi mengelakkan gula cair melekat. Atau boleh juga dihias sesuka hati anda sebelum dihidang.
Tips
Kita boleh menyimpan donut dalam peti sejuk beku dalam jangkamasa yang lama. Hanya perlu menggoreng donut ini sebentar sahaja untuk mematikan yis dan menetapkan bentuknya.
Simpan dalam bekas kedap udara atau plastik dengan seal.
Selepas dibekukan, perlu defrost dahulu sebelum digoreng.
Simpan dalam bekas kedap udara atau plastik dengan seal.
Selepas dibekukan, perlu defrost dahulu sebelum digoreng.
Untuk simpanan dalam jangka pendek, hanya perlu disimpan dalam bekas bertutup. Donut akan kekal gebu untuk 24 jam.
Campurkan susu, garam ke dalam air |
Yis digaul rata dengan tepung gandum |
Tuang setengah cawan minyak masak dn gaul rata |
Tuang bancuhan susu tadi |
Setelah bergaul rata, diuli menjadi doh |
Adunan mengembang selepas dibiarkan selama 30 minit |
Bahagikan adunan |
Bentukkan kuih donut |
Rehatkan 1/2 hingga 1 jam |
Dah siap dihidangkan |
Lembut terutama bila makan panas panas |
Haa tengok tuu ... |
saya dah cuba resepi nie...mmg gebu tapi saya ada tambah sedikit air,susu, gula dan shortening...hehehe...
BalasPadamterima kasih ye atas perkongsian resepi donut gebu...
Boleh saja diubahsuai ikut selera sendiri.
Padamsalam..saya dh try ptg td..menjadi laa..tp saya buat setengah je dr adunan..rasa sedap sgt..1 fmly suka n berebut2..sedap wt mkn ptg..thanks... Qaseh..
BalasPadamTerima kasih Qaseh kerana sudi meninggalkan komen. Semoga ianya boleh dijadikan rujukan kepada pembaca lain.
PadamSalam aunty, nk tanya antara resepi ni dgn resepi donut gebu yg 1 lg tu, mana lagi sedap?
BalasPadamWslm Raihan,
Padamdah lama membuatnya, sukar nak dibandingkan. Tetapi yang pasti kedua duanya sedap dan menjadi.
Sy selalu buat resepi yg satu lg tu. Nnti nk try yg ni pula. Minyak tu kalau ganti dgn margerin atau butter boleh tak?
BalasPadamAlhamdulillah..saya buat memang sedap...suke sbb tengok anak2 makan dengan berselera. terima kasih ye puan azie atas perkongsian resepi. banyak sangat resepi yang senang saya nak sangat cuba.
BalasPadamsusu pekat boleh ganti dgn susu tepung tak
BalasPadamSedap. Da buat hari ni utk bwk gi skolah anak. Tq share resepi :)
BalasPadamSedap sgt resepi ni pn azie...wlupon bentuk xlawa ( mgkin sb tepung sikit atas dulang, jd dohnya melekat bila nk diangkat).. tp rsnya mmg mabeles! Siap ada org nk tmpah lg! Hahaha..tq ye tuan umh..
BalasPadammaaf sy nak tnya di rumah sy tiada penimbang boleh x bagi anggaran 550g air tu berapa cawan ye.
BalasPadamSya da cba resepi ni.. 550g sma dgn 2 1/2cawan..
PadamSaya baru cuba... memang gebu... terima kasih :)
BalasPadamnak buat kejap lagi..doakan yer menjadi..kalo sedap boleh bg jiran sebelah
BalasPadamSy jenis x bape reti sangat memasak ke buat kuih ke..tp try follow resepi azie kithen ni macam paling proo bab2 masak2 or buat kuih ni..hihi.. tq kak azie..
BalasPadamSemua resepi yg saya dpt drp blog k.azie menjadi...terima kasih kerana tidak lokek ilmu...
BalasPadamshortening tu ape
BalasPadamSaya selama ni masak sume gune resepi azie kitchen.. mmg mnjadi dn sedap.. tp yg pling mnjadi ikan kerisi sos tiram.. ni baru jk cube donat.. in shaa allah mnjadi.. thanks azie kitchen !!
BalasPadamKalau guna rolling dan donut cutter, boleh kah?
BalasPadamanak 5thn order donut..terus cari resepi sebab tak pernah buat..kjp lagi nk try...tq ya..
BalasPadamAkak bile buat hari ni esok pagi bru goreng bole ke
BalasPadamSedap sgt...da 4x buat n frozenkn...suami n ank2 suke...tq kak share resepi..
BalasPadamHaaà. ...jumpa pon ...nk share ya..
BalasPadamUtk berbuka puasa ni..
Selamat berpuasa
Anak bujang sedang bantu mencetak donut. Mlm ni nak bawa ke masjid utk moreh. Semoga Pn Azie juga mendpt pahala keberkatan InsyaAllah.
BalasPadamAameen. Alhamdulillah ada anak yg pandai mencari amalan di bulan Ramadhan
Padamskg kalo nk wt ape2 first mesti sy cri google dri azie kitchen.pasal sy cuba sume dri azie kitchen sume nye menjadi..hri ni sy nk try dnut rasepi ni...tq azie x kedekut ilmu,,smoga murah rezeki amin
BalasPadamBaru try..sedap..lembut...Terima kasih Azie
BalasPadamSaya da try buat ikut resepi ni.. alhamdulillah , satu family suka.. saya siap buat meniaga donut skrg ni
BalasPadam😅
Sis azie blh tny utk lbh kepastian.. Klu buat mlm siap terap acuan bentuk kn awai pg goreng blh jgkjkn asal tutupkn bekas dlm ms 24 jam
BalasPadamsis klu nk goreng esok pagi x pa ka klu mlm tu buat siap2
BalasPadamsy dh cuba resepi ni..mmg lmbut gila...smpy esk pg pn tgk msih gebu lg...suami hri2 tnya donut so sy bt frozen byk2
BalasPadamsaya dah cuba resepi ni
BalasPadamPuan Azie, minta halal resepinya ye. Alhamdulilah, semua resepi Azie Kitchen mmg menjadi kalo dibuatnya hehe, terasa diri ni seperti Chef 5 bintang hehe
BalasPadam