Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bingka Pisang


Kuih Bingka Pisang


Saya berhasrat untuk cuba memasak kesemua resepi bingka yang merupakan kuih tradisional yang sangat mudah disediakan dan rasanya juga sedap. Hari ini saya membuat bingka pisang menggunakan lebihan pisang emas semasa membuat kek pisang tempohari.  

Pisang pisang tersebut dikupas kulit dan disimpan di dalam peti sejuk. Hajat hati untuk membuat kuih jemput jemput pisang sahaja, tapi saya menukar fikiran untuk membuat bingka pisang, kot kot boleh saya bawa sedikit ke pejabat esok atau makan sahaja pada hujung minggu.  



Kuih Bingka Pisang


Dengan dibantu anak dara saya, Juita kami mula memasak sebaik sampai di rumah. Tempoh penyediaannya sangat cepat tak sampai pun 15 minit. Jom kita layan resepi dan gambar gambarnya. Jommm .... 


Kuih Bingka Pisang

Bingka Pisang
sumber: hana memories
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan
10 - 13 biji pisang - di lenyek
1 cawan tepung
¾ cawan gula
1 cawan santan
1 cawan susu cair
1 biji telur
2 sudu besar butter

Cara-cara:
Blender semua bahan kecuali pisang. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.

Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter

Bakar 180C selama 1 jam atau lebih untuk mendapatkan kerak yang hebat.  Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi best  ....


Kuih Bingka Pisang




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Bingka Pisang"

  1. bingka pisang ni nampak menarik dan sedap..biasa saya suka makan cucur pisang..tp resipi ni lagi sihat dari cucur pisang..

    BalasPadam
  2. Cucur atau jemput jemput pisang lebih berminyak sebab digoreng. Bingka pisang hanya dibakar, jadi kurang berminyak. cuba lah, rasanya sedap sekali

    BalasPadam
  3. Tp bingka pisang pakai santan, susu...tak sihat juga jadinya..

    BalasPadam
  4. santan n susu ada khasiatny...cuma byk n cikit penggunaanny...

    BalasPadam
  5. Pakai microwave oven boleh ke..

    BalasPadam
  6. izinkan guna resepinya ya. Terima kasih..Semoga urusan puan dipermudahkan selalu

    BalasPadam