Rendang Daging Minang
Berminggu saya memikirkan juadah yang ingin disediakan pada hari raya memandangkan tahun ini tahun pertama akan beraya di rumah sendiri. Seperti ibu bapa yang lain, kami juga menunggu kepulangan anak anak balik bercuti sempena hari raya.
Banyak jenis rendang tapi rendang apa yang nak dibuat. Fikir punya fikir, cari punya cari, akhirnya saya putuskan untuk memasak rendang minang, resepi turun temurun teman sepejabat.
Terima kasih Rohaya kerana berkongsi resepi. jom layan resepi dan gambar gambar kerana hobi saya adalah fotografi....

Rendang Minang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 kg daging atau ayam
2 kg bawang merah
1 kg bawang putih
½ kg halia
½ kg lengkuas - tumbuk
3 biji buah keras - tumbuk
3 btg serai
½ kg cili kering
Segenggam cili padi - ikut suka
3 biji santan pekat
3 biji santan cair
½ biji kelapa - kerisik
2 kpg besar asam keping
Gula, garam
Bahan penumis: bunga lawang, kulit kayu manis,
Cara cara:
Tumis bahan penumis, masukkan bawang putih, halia, bawang merah yang telah dihiris hingga naik bau.
Masukkan cili dan lengkuas. Masak lagi seketika. Masukkan daging dan santan cair, masak hingga daging empuk.
Masukkan santan pekat dan masak dengan api perlahan. Akhir sekali, masukkan kerisik, gula, garam dan asam keping. Sesuaikan rasa.

siap ... |
saya kongsikan di page saya ya...
BalasPadamTimakasih, arini saya merendang siap utk raya.
BalasPadamAssalam kak Azie..
BalasPadamMemang pakai 1/2 kg halia, 1/2 kg lengkuas utk 1 kg daging?
Kak, 1kg bawang putih, 2kg bawang merah, 1/2kg halia tu betul ke kak?
BalasPadamRendang minang ni mmg byk guna bahan yer? Raya last year dh try buat rendang ni tp sy derhaka sikit kurangkan bahan😁.tp still sedap,ank sy request raya ni buat rendang ni lg,terima kasih azie ..atas setiap resepi yg azie kongsi,sy mmg selalu gjna resepi azie kitchen
BalasPadamNak sedap, mmg kena letak banyak bahan
Padam