Nasi Daging Sedap
ini la rupa nasi daging .. |
air asam dan kerisik |
silakan ... |
Resepi ini saya belajar selepas melihat sahabat fb saya, TeeaRa Yatie memasak juadah nasi daging sempena hari raya aidil fitri baru baru ini. Sebelum ini saya pernah beberapa kali makan nasi daging di rumah terbuka aidil fitri yang diadakan di rumah rakan sepejabat saya. Namun pada masa itu, tidak pula terlintas untuk belajar memasak nasi daging ini.
Keinginan mencuba bertambah lebih lebih lagi selepas bercakap dengan my friend, Ismati yang mencadangkan supaya menu untuk majlis rumah terbuka jika ingin memasak sendiri, elok dibuat nasi daging, ayam dsb. Jadi lauk yang perlu ditambah tidak perlu banyak. Memudahkan urusan, lah kiranya kerana saya tidak mempunyai pembantu rumah.
Pagi pagi lagi hari ini, saya dah terlebih rajin, bangun tengok apa ada di dapur, cukup ke bahan untuk masak nasi daging, bila tengok cukup, terus on jer.
Keinginan mencuba bertambah lebih lebih lagi selepas bercakap dengan my friend, Ismati yang mencadangkan supaya menu untuk majlis rumah terbuka jika ingin memasak sendiri, elok dibuat nasi daging, ayam dsb. Jadi lauk yang perlu ditambah tidak perlu banyak. Memudahkan urusan, lah kiranya kerana saya tidak mempunyai pembantu rumah.
Pagi pagi lagi hari ini, saya dah terlebih rajin, bangun tengok apa ada di dapur, cukup ke bahan untuk masak nasi daging, bila tengok cukup, terus on jer.
Nasi Daging
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
250 gm daging (hiris dan rebus dengan halia hingga lembut)
4 cawan beras - basuh dan tos
4 cawan air rebusan daging atau secukupnya
1cawan susu cair
2 sudu besar rempah kurma
1 helai daun pandan
1 biji tomato - potong dadu
Garam dan gula
Daun ketumbar
Bahan tumis:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
1 bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan penumis hingga naik bau. 2. Masukkan rempah kurma, goreng biar garing dan wangi
3. Masukkan beras yang dibasuh dan tos, goreng sekejap.
4. Masukkan air rebusan daging, daging, tomato, susu cair, daun pandan gula dan garam. Biar sehingga mendidih.
5. Masakkan nasi dengan rice cooker sehingga masak
6. Taburkan daun ketumbar, jika suka
7. Hidang bersama air asam.
Resepi air asam.
Bahan A: Kisar
Asam jawa
Cili padi
Buah tomato
Belacan - jika suka
Kerisik
Gula
Garam
Bahan B : potong dadu
Buah tomato
Bawang besar
Cili padi - hiris
Cara cara
Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata dan sesuaikan rasa garam gula dsb.
Resepi Asam cara TeeaRa:
Tumbuk sambal belacan. Potong nipis nipis tomato dan bawang besar dan tuangkan ke dalam sambal belacan. Masukkan kerisik, garam, gula dan sos tomato. Kacau hingga berpalut semua. Guna sedikit air daging dalam air asam tadi. Terima kasih, Yatie.
Jom layan gambar gambarnya sebab hari memang rajin sikit...
Bahan bahan diperlukan .. |
Tumis rempah penumis dan bawang |
Masukkan rempah kurma |
Goreng beras yang telah dibasuh dan ditoskan |
Kacau rata, masukkan daun pandan, garam, gula |
Daging direbus dengan halia |
Masukkan air rebusan daging |
Masukkan daging |
Masukkan tomato yang dipotong dadu |
Tuang susu cair |
Masukkan daun ketumbar, jika suka |
kacau rata .. |
Masuk dalam rice cooker .. |
Taadaa.. siap |
Air asam dan kerisik |
Salam. Saya telah pun memcuba respi wajik dan nasi daging. Sgt sedap. Boleh x saya memngambil gambar dan respi untuk simpanan saya. Tq
BalasPadamLili, boleh jika utk simpanan sendiri, tp utk lain lain tujuan, kena beri kredit pada blog Azie Kitchen
PadamTerima kasih puan, resepi ini sedap.
BalasPadamSedg cuba buat nii..mintak menjadi laa
BalasPadamPetang ni nk try wat .
BalasPadamInsyaallah. Sgt berterima kasih krn byk sy blja dr resepi kak azie.
Tq K.Azie....resepi K.Azie memang sedap2..
BalasPadamSy Sudah 2 Kali buat ikut resepi Azie ni..sedap...tq sharing ye...moga dipermudahkan urusan...
BalasPadamsedapnya...
BalasPadamSalam kak Azie, saya budak baru belajar..
BalasPadamselama ni asyik dengar je nasi daging. teringin nak buat.
boleh ke gantikan susu cair dengan santan ye?
tq
Salam kak Azie, terima kasih utk resepi2 akak....byk masakan sy ikut resepi akak....semua menjadi...family pun puji....hari ni nak buat nasi daging lak...hopefully menjadi la....
BalasPadamsalam kak azie. sy bru try resepi akak. tgah tunggu encik suami balik rasa + bg markah.. hihi minta halal ye akak
BalasPadamSedap! Terima kasih kongsi resepi :)
BalasPadamHari ni nak try sis..insaallah..
BalasPadamSalam sis... nk tanye. Susu cair boleh ganti dgn santan ke. Sy selalu try resepi dr sis.... mudah faham
BalasPadamYea betul dan nenjadi bila dicuba
BalasPadamFff
BalasPadamTq for recipe kak.. Sedap dan mudah nk buat.. Suami pun suka.
BalasPadamDh cuba...sedap...adik2 kata mcm nasi kenduri...hehehe
BalasPadamThanks kak.alhamdulillah resepi mudah dan sedap.tmbah2 air asam..mengancam.
BalasPadamkak..blh guna beras biasa x?
BalasPadamBoleh tapi nasi spt ini atau nasi tomato, nasi minyak atau briyani sedap menggunakan beras basmathi
PadamSaya nk try
BalasPadamDah cuba masak. Tunggu waktu berbuka nanti mcmana rasanya. Saya ganti susu dengan santan😊 dan tak taruk tomato sebab takde dlm esbok..terika kasih puan azie😘
BalasPadamMenu wajib kami setiap kali hari raya, aidil fitri @ aidil adha...memang kegemaran ramai.
BalasPadamSalam kak...boleh tolong bagi sukatan bahan2 untuk air asam. First time nak buat, tak pandai agak..thanks.
BalasPadamAlhamdulillah sesap sungguh nasi daging ni say dh cuba td. Air asam dia mmg power tq sis sbb bg idea berbuka puasa malm ni
BalasPadamTerima kasih atas resepi ini, sangat membantu utk memasak!
BalasPadamJazakallah puan azie. Dah tak tau nak masak apa untuk berbuka. First time buat mudah2an semua suka
BalasPadamTq puan azie sebab beri idea nak masak hari ni. First time buat moga2 family suka
BalasPadamtq k.azie utk resepi nie.
BalasPadambaru nk cuba..
mintak halalkn ye..
Salam. Nak tanya lebih sedap pakai daging import atau daging tempatan?
BalasPadamLebih sedap daging tempatan tapi harga lebih mahal
PadamNak cuba buat... Minggu ni nak cari bahan... 1st time nak belajar buat sendiri. Kalau sebelum ni ayah saya selalu masak, tak mintak pulak resepi daripada dia.
BalasPadamTerima kasih cik Azie utk resepi diatas, saya pasti akan cuba, lebih2 lg air asam letak kerisik yg x pernah saya cuba. Resepi2 you agak simple aje tp selalunye sedap dan menjadi.
BalasPadamKak, susu cair tu tuang 1cawan ke atau agak2 je?
BalasPadamBoleh tuang satu cawan. ada orang langsung tak masuk susu cair. susu cair boleh menambah rasa lemak. Boleh jika diubahsuai dengan dimasukkan ketika nasi telah kering. Tuang diatasnya dan tutup api.
PadamPuan..saya selalu Cuba resipi dari blog puan...terima kasih ye...nak Cuba daging pula...😁
BalasPadam