Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hati Ayam Goreng Cili



Hati Ayam Goreng Cili


Bila dibuka peti sejuk, ternampak pulak beberapa ketul hati ayam dan hempedal yang tersimpan semasa membeli ayam sebelum raya baru ni. Kami jarang beli hati ayam, tak kira la hati ayam ke, hati lembu ke, maklumlah anak anak tak suka. Yang suka makan hati, ni saya sorang jer. Asyik makan hati jer, tak tahu la sampai bila, sabor berbanyak.

Kali ini saya menyediakan hati goreng yang dimasak dengan sambal jer ala ala resepi minang yang diajar oleh Ira, adik ipar saya. Sedap juga dan yang penting cepat disediakan. Tidak banyak masa dihabiskan di dapur.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Ringkas mudah dan cepat disediakan..



Hati Ayam Goreng Cili

Hati Ayam Goreng Cili
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Cili merah
Bawang merah
Garam
Gula
Air asam limau kasturi

Cara cara:
Hati ayam dibubuh garam kunyit dan digoreng. 

Tumbuk kasar cili merah hidup dan bawang merah. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk hingga sedikit garing, masukkan garam, gula dan perah air limau kasturi.  

Kalau hendak menggunakan cuka pun boleh juga sebagai ganti air perahan limau. 

Masukkan hati ayam yang telah digoreng tadi ke dalam sambal.  Kacau hingga sebati dan siap untuk dihidangkan.  


Bahan bahan diperlukan



Tumbuk cili hidup dan bawang merah



Hati Ayam Goreng Cili
Hati yang sudah digoreng



Tumis hingga garing



Hati Ayam Goreng Cili
masukkan hati ayam





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Hati Ayam Goreng Cili"

  1. salam azie..tnx dear for this receipe..mmg sedap n i gve u 5 stars..hehehehe:)

    BalasPadam