Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Udang Harimau Masak Lemak Cili Padi


Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau


Terlerai rindu dengan kepulangan anakanda kami, Nana dari Egypt. Walaupun kesuntukan masa, saya masih sempat memasak semua lauk untuk juadah berbuka hari ini. Betul betul bersilat, sebaik sampai di rumah, terus ke dapur memasak dengan tak sempat menyalin baju kerja pun. Akibatnya habis baju terpercik minyak semasa menggoreng. Aduhai la pulak tu ...

Lauk yang sempat disediakan adalah Udang Harimau Masak Lemak Cili Padi, Ikan Bawal Sweet Sour, Ayam Masak Kicap dan Ikan Bawal Madu Goreng Garam Kunyit. Hmm... ada yang kurang sebenarnya, apa lagi kalau bukan sayur. 

Tapi sebab anak anak tak suka makan sayur termasuk bakal doktor, saya pun tak jadi memasak sayur. Walaupun resepi masakan di atas adalah resepi mudah yang semua orang tahu cara memasaknya tapi jom layan aje la resepi dan gambar gambar masakan hari ini ya...



Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau

Udang Masak Lemak Cili Padi
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Cili padi
Kunyit hidup
Santan
Asam keping
Daun kunyit, tomato buah
Garam

Blend cili padi dan kunyit hidup. Masak santan dengan bahan kisar hingga mendidih, masukkan udang, daun kunyit, tomato buah, asam keping, garam dan serbuk perasa. siap.  

Masak lemak cili padi ini adalah resepi kegemaran saya untuk lauk berkuah kerana mudah, cepat dan sedap.

Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau
Siap ...

masih di kuali ...
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Udang Harimau Masak Lemak Cili Padi"