Ayam Masak Rose
Resepi ini saya pelajari selepas membaca fb sahabat saya Sue Aziz di mana suami nya memberi description yang cukup menarik mengenai lauk yang dimasak. Tentang rasa, tentang warna menjadikan saya tertanya tanya apakah masakan yang dimaksudkan, tidak kari tetapi seperti kari.. hahahaha.
Selepas mengetahu nama masakannya ialah Ayam Masak Rose, saya mula membuka internet mencari resepi yang bersesuaian dan digabungkan dengan resepi pemberian Sue.
Akhirnya terhidang la masakan Ayam Masak Rose. Enak di makan bersama-sama roti peranchis dan nasi minyak.
Jom layann resepi di bawah...
Selepas mengetahu nama masakannya ialah Ayam Masak Rose, saya mula membuka internet mencari resepi yang bersesuaian dan digabungkan dengan resepi pemberian Sue.
Akhirnya terhidang la masakan Ayam Masak Rose. Enak di makan bersama-sama roti peranchis dan nasi minyak.
Jom layann resepi di bawah...
Ayam Masak Ros
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor Ayam - potong 16
Bahan perap ayam
1 inci kunyit hidup - tumbuk halus
5 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 inci halia - tumbuk halus
Garam
3 biji bawang besar - hiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih - di hiris halus
3 batang serai - di ketok
10 biji buah tomato masak..
100 gm /5 sb butter cair
santan sepeket
4 sudu besar cili kisar
2 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
3 biji buah pelaga
Asam gelugor/keping
Daun pandan
Cara membuatnya:
Ayam di perapkan bersama kunyit hidup/halia/garam dan bawang putih. Ketepikan.
Bawang besar yang dihiris di goreng dalam minyak yg agak banyak. Selepas di toskan, ambil minyak sedikit untuk di tumiskan cili kisar. Bila cili dah masak, ketepikan.
Dalam periuk berasingan panaskan butter. Masukkan bawang putih yang dihiris halus. Masukkan serai yang di ketok, daun pandan. Masukkan bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis. Masukkan ayam yang di perap.
Tutupkan periuk. Biar ayam itu separuh masak. Sambil tu kacau-kacau ayam biar tak melekat kat periuk.
Masukkan santan pekat. Masukkan juga cili yang ditumis tadi.
Masukkan buah tomato yang di potong 8. Masukkan asam keping juga. Tutup periuk.
Masukkan bawang besar yang di goreng awal tadi...
Rasa. Tambahkan garam
Alhamdulillah Kak Azie. Saya telah cuba masak menu ini. Kebetulan tetamu orang Kelantan. Beliau amat suka menu ini. Beliau masih menyesuaikan diri di KL (anak jati Kelantan). So masakan ini dapat meredakan rindu dia kepada kampung halaman. TQ Kak Azie. Saya banyak follow resipi kak Azie. Ternyata semua resipi amat ikhlas di sharekan.. sbb semua menjadi apabila di masak. Ini termasuk choc moist kukus. Sangat2 sedap dan asyik mendapat pujian suami (sampai ke malam suami puji)..
BalasPadamTerima kasih kak azie di atas perkongsian pelbagai resepi.. Seronok mencuba dan masakan pun menjadi.. ..Alhamdulillah
BalasPadamSaya pon da try msk... Mmg sdap.. Nti boleh saya cuba resepi2 azie utk juadah berbuka thun ini nti
BalasPadamsantan peket kecil atau besar?
BalasPadamInilah resipi yg Saya cari..Saya ada ternampak lauk ini di kedah, sebelah menara zakat dn sgt sedap..bukan Kari bukan masak merah.. rupanya masak Ros...dlm byk2 resepi masak Ros online inilah yg asli
BalasPadam