Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kari Ikan Bawal

Kari Ikan Bawal

Seperti yang saya celotehkan dulu, saya bukan penggemar ikan, apalagi masak kari kari. Kami hanya tahu gulai ikan masak lemak atau gulai ikan rebus masak lemak. Alaaa yang macam lauk untuk nasi berlauk pagi pagi tu. Kami hanya masak kari bila daging atau ayam sahaja. 

Tapi bila berkahwin, keluarga suami penggemar kari terutama kari ikan. Terpaksa la belajar bagaimana nak memasak kari, check dengan kawan kawan facebook cara cara masak kari yang sedap.  Maklumlah nak menambat hati suami la katakan.  

Jom layan, resepi kari yang saya pelajari...


Kari Ikan Bawal

Kari ikan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 tangkai cili api - potong halus halus
Halia sebesar ibu jari - dirincih
5 ulas bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihris
1 pelepah daun kari
2 pek kari babas ikan
1 sudu kecil pes asam jawa
2 sudu kecil garam
I sudu kecil serbuk perasa

Cara cara:
Panaskan 2 senduk minyak dalam kuali. (kalau terlebih, buang minyak bila kari dah siap)

Tumis cili api, bahan hiris hingga layu.  Masukkan kari dan digoreng sampai naik minyak.

Masuk air 1 mug bagi kari masak. pastu bila minyak dah timbul lagi masuk lagi 4 mug air...tengoklah banyak mana ikan yang kita nak masak tu...bila kuah dah mendidih masukkan ikan biarkan mendidih lagi...pastikan ikan tenggelam...balikkan ikan ..

Masukkan sedikit asam jawa sebab masak ikan...1 sudu teh je..

Bila ikan dah masak masukkan bendi dan tomato yang dibelah-belah...

Masukan garam dan serbuk perasa...bila sayur dah masak angkatla..

Kalau masak kari ikan, tak masuk santan pun ok...

Kari Ikan Bawal

Kari Ikan Bawal
masih di periuk ...
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Kari Ikan Bawal"