Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Bawal Sweet Sour



Ikan Bawal Sweet Sour


Wah best hari sabtu boleh bersantai di rumah.  hihihihi lepas solat subuh, siap sambung tidur jap.  Tak pernah lagi buat camni.  Bangun jer, bingung sekejap, apalagi bila terkenang juadah berbuka, terasa jemu sangat dan dah tak tahu lauk pauk apa yang nak dibeli di bazar ramadhan petang nanti. 

Seawal 8.00 pagi, saya dah mula memasak lemak ketam cili padi sebab tengahari dah berjanji dengan anak anak nak ke Sunway Pyramid, selepas ke saloon di Subang Jaya. Hmm..... lama tak masak ikan bawal, apa lagi terus ajak my daughter singgah ke pasar mini mencari kot kot ada ikan bawal segar yang boleh dibeli. 

Bila memasak Ikan bawal sweet sour teringat my daughter Nana yang sedang belajar di Egypt kerana setiap kali balik bercuti, pasti minta dimasakkan ikan bawal sweet sour. Dia pun dah hantar bbm, balik nanti nak makan ikan bawal sweet sour.  

Jom layannnn...



Ikan Bawal Sweet Sour

Ikan Bawal Sweet Sour
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahannya:
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Cili kisar
Tomato buah
Sos tomato
Sos cili
Garam, serbuk perasa

Hiasan:
Daun sadri

Ikan bawal dilumur garam dan kunyit dan digoreng. Bawang besar, bawang putih, halia di blend dan di tumis sehingga naik bau, dimasukkan cili kisar. Tumis hingga naik minyak.  

Masukkan sos tomato, sos cili, garam dan serbuk perasa.  masukkan sedikit air, jika agak pekat.  

Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris, tomato buah yang dipotong kecil dan daun sadri.
 



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Ikan Bawal Sweet Sour"