Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Biskut Cornflakes Madu



Biskut Cornflakes Madu


Sejak mendirikan rumahtangga, saya tak pernah fail membuat sendiri 5 hingga 6 jenis biskut raya. Tapi sejak dua tiga tahun kebelakangan, saya dah boleh bersara kerana anak anak dara saya sudah mengambil alih. 

Mereka komplen, mama asyik buat biskut yang sama saja setiap tahun. Hhmmm saya memilih resepi yang menggunakan bahan bahan yang sedap supaya biskut yang dihasilkan enak. 

Saya seorang yang sangat praktikal, bila jumpa yang berkenan di hati, akan setia pada resepi tersebut setiap tahun. Tapi tak apa, anak anak perlu diberi kebebasan....

Biskut cornflakes ini adalah biskut yang dimasak oleh Nellisa dan Juita untuk hari raya tahun ini. Jom layan resepi nya seperti di bawah....



Biskut Cornflakes Madu

Biskut Cornflakes Madu
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 50-60 biji )
4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.

Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.

Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.

Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. 

Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.


Biskut Cornflakes Madu
Enjoy !!



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Biskut Cornflakes Madu"