Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Agar Agar Pelangi



Agar Agar Pelangi Sedap Azie Kitchen


Hidup ini sungguh mengujakan... setiap hari ada sahaja perkara baru yang dipelajari dan mahu dipelajari. Pembelajaran adalah aktiviti yang berlaku sepanjang hayat.  Keinginan untuk belajar dan mencari sesuatu yang baru menjadikan diri kita sentiasa segar bertenaga dan looking forward. Panjang pulak mukaddimah nya.  



Agar Agar Pelangi Sedap Azie Kitchen

Bermula apabila boss di pejabat memberikan 1 kotak kuih seorang kepada setiap staf sempena menyambut kedatangan syawal. Apabila dibuka, terlihat kuih yang sangat indah dengan bau yang amat menggoda.  

Hmmm.. agar agar pelangi. Kebetulan hari itu, kami terlambat sampai ke rumah kerana terpaksa mengambil Boy dari Hentian Bas Sungai Besi yang pulang bercuti.  Apalagi kami tiga beranak berbuka puasa dengan agar agar pelangi di dalam kereta.  Agar agar yang sejuk dingin memudahkan ianya masuk ke mulut satu persatu...

Hari ini saya melihat lihat gambar dan resepi agar agar pelangi di internet dan blog blog. Mak oii cantik cantik dan berwarna warni, lagi saya teruja untuk mencuba nya sendiri. Tapi ada kesilapan teknik sikit la, agar agar keras walaupun menggunakan api yang kecil, jadi la warna putih sebagai warna atas sekali agar agar pelangi Azie Kitchen. 

Jom layan gambar dan resepi di bawah yang digabung dari beberapa resepi ...  



Agar Agar Pelangi Sedap Azie Kitchen


Agar Agar Pelangi
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
2 sudu makan serbuk agar agar
1200 ml air
200 gram gula (boleh kurangkan)
Pewarna- hijau, merah dll
Beberapa helai daun pandan

Bahan B
2 sudu makan serbuk agar agar
400 ml santan
800 ml air
200 gram gula (boleh kurangkan)
1/2 sudu teh garam

Bahan C
Loyang 23x23x8cm
Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau warna pilihan
Gelas penyukat

Cara-cara
Masak bahan A iaitu serbuk agar agar, air,  daun pandan dan gula sehingga gula hancur. Kemudian tapiskan. Letak dalam mangkuk. Biarkan dlm bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan dgn api kecil

Masak bahan B hingga hancur - kecuali santan & garam
Dah masak..masukkan santan dan garam..didihkan sekejap sahaja. Buat spt bahan A - tapis letak dlm mangkuk..biarkan dlm bekas lain (double boiler) @ biarkan atas api kecil supaya sentiasa cair dan mudah dibancuh pewarna

CARA MELAPIS: Sukat 250 ml agar agar (A) letak setetes pewarna..masukkan dlm loyang..biarkan dlm 5 minit @ agak keras

Lapisan pertama dah agak keras, lorek2 permukaan agar2 yg dah agak keras tadi dengan garfu supaya lapisan akan melekat. Sukat lagi 250 ml agar2 (B) tuang dlm loyang. 

Biarkan dalam 5 minitUlangi langkah 5 & 6 hingga habis..tapi setiap kali turn agar agar (A) kena letak pewarna..ikut sukalah nak letak warna apa..TAPI jgn lupa setiap lapisan yg dah keras mesti dilorek lorek dengan garfu.  Agar agar (B) tetap clear warna putih santan jer

Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin...


Agar Agar Pelangi Sedap Azie Kitchen

Agar Agar Pelangi Sedap Azie Kitchen

Agar Agar Pelangi Sedap Azie Kitchen



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Agar Agar Pelangi"

  1. Salam sis.. Maaf ye saya x faham Cara nk masak agar2 tu.. Boleh jelaskan lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Kena print resepi dan baca step satu persatu. Klu tak, mmg susah nak faham.

      Padam
  2. Maaf ye.. Maksud sy Cara yg no 1 tiba2 dh tapis.. Cara masak nye mcmne ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak agar agar dengan air, daun pandan dan gula hingga gula hancur.

      Padam
  3. nak tanya..sy buat lapisan nye x jadi..santan tu pecah bila lapis atas dia..dia nak keras mcmana ye..masa sy buat dah keras permukaan dia n dah lorek..tp pecah..sedih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang remeh sikit buat agar agar ni. Memang kena buat dengan cepat tapi dengan sabar.

      Padam